Kajian Kerja Pengurusan Penyenggaraan dan Isu Baik Pulih: Perkhidmatan Lif di PPR Raya Permai, Kuala Lumpur

Authors

  • Nurul Mazhanis Zainal Abidin UNIVERSITY TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • Rahmat Muslim University Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Arif Rosli University Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Penyelenggaraan, pengurusan lif, kediaman bertingkat

Abstract

Pengurusan penyelenggaraan lif di bangunan kediaman bertingkat perlu sentiasa berada pada tahap cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan lif yang terbaik bagi penghuni kediaman. Objektif kajian ini adalah untuk menilai skop kerja kontraktor dan proses kerja aduan pihak pengurusan penyelenggaraan bersama dengan penduduk kediaman, mengenalpasti permasalahan yang sering berlaku berkaitan prestasi lif di dalam bangunan kediaman dan terakhir sekali menilai persepsi tahap kepuasan pengguna yang tinggal di kediaman ini yang menggunakan lif dalam menyempurnakan aktiviti seharian mereka melalui penilaian terhadap penggunaan lif. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah gabungan iaitu kualitatif dan kuantitatif dan mengunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Kaedah ini boleh diukur melalui frekuensi dan indeks purata menggunakan Microsoft Excel 2016 dan hasil daripada pengumpulan data itu akan ditafsir dalam bentuk graf. Keputusan yang didapati akan menentukan kefahaman dan kepuasan pengguna lif dalam menyelesaikan isu yang sering timbul. Pengkaji juga telah mengenal pasti beberapa cadangan yang boleh dilakukan antaranya ialah cadangan kepada badan pengurusan bagi PPR Raya Permai dan cadangan untuk penyelidik masa hadapan atau pun untuk kesinambungan penyelidikan juga.

Downloads

Published

21-12-2023

Issue

Section

Civil, Building, Infrastructure, and Environmental Management

How to Cite

Zainal Abidin, N. M., Muslim, R., & Rosli, M. A. (2023). Kajian Kerja Pengurusan Penyenggaraan dan Isu Baik Pulih: Perkhidmatan Lif di PPR Raya Permai, Kuala Lumpur. Progress in Engineering Application and Technology, 4(2), 668–676. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/peat/article/view/10200