Kedudukan Penyertaan Belia dalam Proses Pembentukan Dasar Awam

Authors

  • Lutfan Jaes
  • Yuslizar Kamaruddin
  • Adi Syahid Mohd Ali
  • Nurizyani Azhar
  • Asyraf Maula
  • Muhaymin Hakim Abdullah

Keywords:

Penyertaan belia, kedudukan belia, dasar awam

Abstract

Abstrak: Sebagai populasi terbesar masyarakat di Malaysia, aspirasi golongan belia wajar mendapat tempat dalam proses pembentukan sesebuah dasar. Selain daripada melaksanakan hak mereka sebagai seorang warganegara, penyertaan belia dalam proses pembentukan dasar awam juga dapat meningkatkan kedudukan belia untuk sama-sama memacu pembangunan sesebuah negara. Faedah yang diterima hasil daripada penyertaan belia juga bukan sahaja dapat memberi kesan positif kepada belia, malah ia turut menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan sesebuah dasar yang dibentuk tersebut. Namun begitu, kebanyakan hasil penyelidikan mendapati terdapat banyak halangan dan cabaran untuk aspirasi belia diterima pakai di dalam sesebuah dasar disebabkan kebolehupayaan belia itu sendiri dan pandangan pembuat dasar terhadap golongan belia. Usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan belia perlulah dilaksanakan secara konsisten agar fungsi dan kebolehan yang ada pada golongan belia dapat diupayakan secara optimum. Akhir sekali, kedudukan penyertaan golongan belia hanya dapat diterjemahkan sekiranya semua pemegang taruh dalam persekitaran pembentukan dasar dapat bekerjasama bagi merealisasikan sebuah dasar yang bersifat inklusif.

 

Keywords: Penyertaan belia, kedudukan belia, dasar awam.

Downloads

Published

15-11-2023

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Lutfan Jaes, Kamaruddin , Y. ., Mohd Ali, A. S. ., Azhar, N. ., Maula, A. ., & Abdullah, M. H. . (2023). Kedudukan Penyertaan Belia dalam Proses Pembentukan Dasar Awam . Human Sustainability Procedia, 3(2), 85-91. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/9540