Kokurikulum UTHM Memposisikan Mahasiswa Profesional

Authors

  • Fadillah Ismail fadillah@uthm.edu.my
  • Nor Azwa Mohammad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norfaizah Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

kokurikulum, mahasiswa, profesional

Abstract

Aktiviti kokurikulum memainkan peranan penting dalam membangunkan kemahiran insaniah dan membantu pelajar ke arah kejayaan. Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum memberi kesan positif kepada kejayaan mereka sama ada dalam pencapaian akademik, pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran graduan. Oleh itu, sebuah kajian deskriptif telah dijalankan ke atas mahasiswa UTHM bagi menilai keberkesanan kokurikulum yang dijalankan secara atas talian melalui pengedaran link google form di awal semester dan pada minggu ke-14 sebelum berakhir pengajian disetiap semester. Dapatan kajian membuktikan bahawa perkembangan dan peningkatkan dari aspek, pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar terhadap 7 elemen kemahiran insaniah yang diukur sebelum dan selepas mengikuti pengajaran dan pembelajaran selama 14 minggu. Kesimpulannya, kajian ini dilihat sangat penting sebagai satu bukti, rujukan dan input kepada penambahbaikan program kokurikulum yang masih dilaksanakan. Usaha dan pembangunan berterusan harus  selari dengan keperluan dan tuntutan semasa  bagi  membentuk  dan  memperkasakan lagi  kemahiran  insaniah  dalam  diri mahasiswa UTHM kerana ia akan memberikan nilai tambah ke arah pembentukan diri yang lebih kompeten dan berdaya saing.

Downloads

Published

14-12-2022

Issue

Section

Leadership and Integrity

How to Cite

Ismail, F., Nor Azwa Mohammad, & Norfaizah Ismail. (2022). Kokurikulum UTHM Memposisikan Mahasiswa Profesional. Human Sustainability Procedia, 2(2), 80-87. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/9386