Kesan Pandemik Covid-19 terhadap Guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat: Perspektif dari segi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) dalam Talian dan Kompetensi Digital Guru

Authors

  • Go Chai Hong FPTV, UTHM
  • Nur Shahirah Mohd Aripen

Keywords:

Kesan pandemik Covid-19, Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), Kompetensi digital guru

Abstract

Dalam tempoh pandemik Covid-19 yang berlaku sejak bulan Mac 2020, pelbagai cabaran telah dihadapi di kalangan guru semasa menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam talian. Mereka perlu mengadaptasi norma pengajaran yang baharu ini dalam masa yang singkat. Kajian tinjauan ini dijalankan demi mengkaji perspektif guru sekolah rendah daerah Batu Pahat serta kompetensi digital guru semasa menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam talian masa pandemik. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 48 orang guru daripada 3432 populasi guru sekolah rendah di daerah Batu Pahat. Responden menjawab soal selidik dalam talian dengan menggunakan Google Forms bagi mendapatkan data yang diperlukan untuk kajian. Perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalis data secara deskriptif iaitu untuk nilai min, sisihan piawai, peratus, dan frekuensi. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa perspektif guru semasa menjalankan PdPc dalam talian adalah positif. Kompetensi digital guru sekolah rendah daerah Batu Pahat adalah tinggi dalam kajian ini. Sebagaim kesimpulan, guru mahir dengan teknologi dan bersedia melaksanakan PdPc secara dalam talian sepanjang musim pandemik Covid-19, justeru aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih boleh dilaksanakan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan untuk pembelajaran.

Keywords: pandemik Covid-19, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam talian, perspektif guru, kompetensi digital guru

During the Covid-19 pandemic period that occurred since March 2020, various challenges were faced among teachers while conducting online teaching and learning (PdPc). They need to adapt to these new teaching norms in a short time. This survey study was conducted to examine the perspectives of primary school teachers in Batu Pahat district as well as the digital competence of teachers while conducting online teaching and learning (PdPc) during the pandemic. This study uses a survey design with a quantitative approach involving 48 teachers from 3432 primary school teacher population in Batu Pahat district. Respondents answered the online questionnaire using Google Forms to obtain the data needed for the study. Statistical Package for Social Science (SPSS) software is used to analyze the data descriptively for mean values, standard deviation, percentage, and frequency. Descriptive analysis showed that teachers ’perspectives while conducting online teaching and learning (PdPc) were positive. The digital competence of primary school teachers in Batu Pahat district is high in this study. As in conclusion, teachers are proficient with technology and willing to implement online teaching and learning (PdPc) throughout the Covid-19 pandemic, hence teaching and learning activities can still be implemented to ensure students are not left behind for learning.

Keywords: Covid-19 pandemic, online teaching and learning (PdPc), teachers’ perspectives,

 

Downloads

Published

14-12-2022

Issue

Section

Education

How to Cite

Go Chai Hong, & Mohd Aripen, N. S. (2022). Kesan Pandemik Covid-19 terhadap Guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat: Perspektif dari segi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) dalam Talian dan Kompetensi Digital Guru. Human Sustainability Procedia, 2(2), 19-32. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/9280