Faktor penglibatan dan penghalang dari menyertai kesatuan sekerja

Authors

  • fadillah ismail fadillah@uthm.edu.my

Keywords:

kesatuan sekerja, penglibatan, penghalang

Abstract

Keahlian kesatuan sekerja adalah penting untuk menilai kekuatan sesebuah kesatuan sekerja. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor pekerja dalam menyertai kesatuan sekerja serta faktor yang menghalang penglibatan mereka. Kertas konsep ini akan mengupas secara terperinci mengenai faktor-faktor penglibatan pekerja dalam kesatuan sekerja berdasarkan empat faktor utama iaitu faktor ekonomi, faktor keselamatan, faktor kebajikan dan faktor ekonomi. Manakala faktor yang menghalang pekerja daripada menyertai kesatuan sekerja ialah kesatuan sekerja tidak mempunyai rekod yang baik untuk mewakili pekerja, keputusan kesatuan sekerja tidak selari dengan matlamat utama seseorang individu, pekerja kurang berminat dengan kesatuan sekeria dan majikan benci pekerja menyertai kesatuan sekerja. Hasil perbincangan terperinci yang dibincangkan dalam kertas konsep ini diharap dapat membantu pihak berwajib dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan kesatuan sekerja pada masa akan datang.

Downloads

Published

14-12-2022

Issue

Section

Leadership and Integrity

How to Cite

ismail, fadillah. (2022). Faktor penglibatan dan penghalang dari menyertai kesatuan sekerja. Human Sustainability Procedia, 2(2), 7-18. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/9273