Tahap Minat dan Penerimaan Pelajar Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir UTHM Terhadap Penggunaan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian

Authors

  • Adi Syahid Mohd Ali Jabatan Sains Sosial

Keywords:

Gamifikasi, Pengajaran dan Pembelajaran, Pengajian Umum

Abstract

Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas pelajar Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Seksyen 23. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai minat dan penerimaan pelajar tersebut terhadap pelaksanaan gamifikasi semasa pembelajaran segerak atas talian. Wabak Covid-19 telah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran berlaku sepenuhnya secara atas talian. Pembelajaran secara berterusan menggunakan platform atas talian telah menyebabkan pelajar mula bosan dan kurang bermotivasi semasa pelajar. Oleh itu intervensi gamifikasi telah didedahkan kepada pelajar. Untuk menilai intervensi tersebut minat dan penerimaan telah diteliti selepas intervensi diberikan kepada pelajar menggunakan kaedah tinjauan. Penelitian terhadap minat dan penerimaan telah diukur menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi. Hasil kajian telah menunjukkan pelajar berminat setelah didedahkan pengajaran dan pembelajaran secara gamifikasi dan turut menunjukkan penerimaan yang ketara. Hasil kajian ini memberikan implikasi positif dalam menerapkan gamifikasi dan pengajaran dan pembelajaran.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Education, Language and Communication

How to Cite

Mohd Ali, A. S. . (2022). Tahap Minat dan Penerimaan Pelajar Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir UTHM Terhadap Penggunaan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian. Human Sustainability Procedia, 2(1), 10-15. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/7271