Impak Negatif Media Sosial Terhadap Akademik Pelajar : Kajian Kes Pelajar UTHM

Authors

  • Arwansyah Kirin UTHM
  • Ahmad Sharifuddin
  • Mohd Hisyam Abdul Rahim
  • Faisal Husen Ismail
  • Shakila Ahmad
  • Sharifah Khadijah

Keywords:

Media sosial, Impak, UTHM Pagoh

Abstract

Ledakan teknologi moden telah memberi impak yang amat besar terhadap akademik dan prestasi pelajar masa kini. Jika 20 tahun lalu, aktiviti pembelajaran dimana-mana IPT secara bersemuka dan dipenuhi dengan ruangan kelas yang bersih, papan putih, buku tulis dan perlengkapan lainnya, namun pada abad ke 21 pula terdedah kepada penggunaan pelbagai peralatan teknologi seperti internet, komputer, telefon pintar yang mengandungi aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Whatsaap dan lain-lain. Secara purata, para pelajar yang menghabiskan masa selama lapan jam sehari menggunakan peralatan teknologi eletronik untuk mengakses media sosial, menyebabkan tahap prestasi akademik, moral dan sosialnya dipengaruhi oleh sumber teknologi tersebut. Kajian ini mengupas bagaimana media sosial itu membawa kesan negatif dalam akademik pelajar UTHM yang merupakan aset penting kepada masa depan negara. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesan negatif media sosial terhadap akademik mereka. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan analisis deskriptif. Jurnal ilmiah, laporan kajian serta tesis yang berkaitan merupakan sumber utama kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa kecanduan media sosial yang tidak terkawal telah memberi kesan negatif kepada akademik pelajar. Kajian ini juga mencadangkan beberapa garis panduan kepada para pendidik dan orang tua untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani kecanduan media sosial yang tidak terkawal dalam kalangan pelajar terutama di UTHM.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Education, Language and Communication

How to Cite

Kirin, A., Ahmad Sharifuddin, Abdul Rahim, M. H. ., Faisal Husen Ismail, Shakila Ahmad, & Sharifah Khadijah. (2022). Impak Negatif Media Sosial Terhadap Akademik Pelajar : Kajian Kes Pelajar UTHM. Human Sustainability Procedia, 2(1), 16-25. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/7258