Kesan Gaya Kepimpinan Leader-Member Exchange (LMX) Terhadap Tingkah Laku Kerja Inovatif Dan Komitmen Organisasi

Authors

  • Fadillah Ismail fadillah@uthm.edu.my
  • Nor Athirah Ismail

Keywords:

Gaya kepimpinan Leader-Member Exchange, Tingkah laku kerja inovatif, Komitmen organisasi, Komitmen pekerja, Sektor makanan

Abstract

Kesan Gaya Kepimpinan Leader-Member Exchange (LMX) Terhadap Tingkah Laku Kerja Inovatif Dan Komitmen Organisasi

 

Nor Athirah Binti Ismail1, Fadillah Binti Ismail2

 

Faculty of  Technology Management and Business, Universiti Tun

Hussein  Onn  Malaysia,  86400  Parit  Raja,  Batu  Pahat,  Johor,

MALAYSIA.

Email:ap180082@siswa.uthm.edu.my, fadillah@uthm.edu.my

 

Abstrak: Gaya Kepimpinan Leader-Member Exchange memainkan peranan yang penting dalam memastikan wujudnya hubungan berkualiti antara pemimpin dan pengikutnya. Dalam situasi sekarang, terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh organisasi. Antaranya ialah memastikan berlakunya peningkatan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja dan peningkatan komitmen terhadap organisasi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengukur tahap gaya kepimpinan Leader-Member Exchange dalam kalangan pemimpin dan mengenalpasti kesan gaya kepimpinan  Leader-Member Exchange terhadap tingkah laku kerja inovatif dan komitmen organisasi dari kalangan kakitangan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Borang soal selidik telah dikumpulkan dari 80 orang kakitangan di Syarikat Faiza Sdn Bhd. Data dan maklumat yang diperoleh direkodkan dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan nilai R Square = 0.370 bagi tingkah laku kerja inovatif dan R Square = 0.193 bagi komitmen organisasi melalui gaya kepimpinan Leader-Member Exchange. Ini membuktikan terdapat kesan yang signifikan antara gaya kepimpinan Leader-Member Exchange terhadap tingkah laku kerja inovatif dan komitmen organisasi. Oleh itu, gaya kepimpinan LMX haruslah diterapkan ke dalam diri setiap pemimpin di Syarikat Faiza Sdn Bhd untuk memastikan kakitangan syarikat lebih berinovatif dalam melakukan tugasan dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.

 

Kata kunci: Gaya kepimpinan Leader-Member Exchange, Tingkah laku kerja inovatif, Komitmen organisasi, Komitmen pekerja, Sektor makanan.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Leadership and Integrity

How to Cite

Ismail, F., & Nor Athirah Ismail. (2022). Kesan Gaya Kepimpinan Leader-Member Exchange (LMX) Terhadap Tingkah Laku Kerja Inovatif Dan Komitmen Organisasi. Human Sustainability Procedia, 2(1), 26-42. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/6893