Transformasi Ketahanan Kecerdasan Emosi dalam Psikologi dan Tingkah Laku Belia

Authors

  • Siti Sarawati Johar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, MALAYSIA
  • Siti Aisyah Panatik Universiti Tekonologi Malaysia
  • Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim Universiti Malaysia Terengganu

Keywords:

Tranformasi, Ketahanan, Kecerdasan Emosi, Psikologi, Belia

Abstract

Fungsi kompetensi kecerdasan emosi dalam usaha mencapai kesejahteraan psikologi dan tingkah laku manusia adalah sebagai proses kesepaduan diri. Perbincangan adalah dari segi cabaran dan ketahanan transformasi kecerdasan emosi dan kesan ke atas psikologi dan tingkah laku belia. Sumber modal insan dalam kalangan belia adalah teras utama pembangunan negara terutama dari aspek politik, ekonomi, sosial, dan pendidikan. Namun, peranan belia sebagai agen perubahan dalam masyarakat menjadi tidak signifikan jika transformasi diri dan sejagat hanya berlaku dari terang menjadi gelap, dari positif ke negatif dan dari kedamaian menjadi pergolakan. Unsur-unsur penting yang perlu ada sebagai belia yang berpengetahuan bukan hanya kecerdasan intelektual semata-mata, akan tetapi juga perlu adanya elemen-elemen kecerdasan emosi dan spiritual yang utuh dalam mencapai positifnya dalam beremosi, berfikir dan bertingkah laku. Kecerdasan emosi juga berupaya menjadi antara faktor penentu tingkah laku dan ideologi berpolitik secara lebih matang dan sejahtera dalam kalangan belia. Rumusan perbincangan mendapati keperluan untuk memiliki kecerdasan emosi sama pentingnya dengan kecerdasan intelektual untuk mencapai keseimbangan sebenar dalam kehidupan yang dinamik. Belia yang positif dapat berdiri sebagai warganegara yang padu jati diri, teguh berprinsip dan berani menghadapi dunia persaingan, serta menangani segala cabaran dengan bijak. Implikasinya, kecerdasan emosi yang utuh dalam kalangan belia dapat merealisasikan harapan negara dalam usaha mewujudkan modal insan berjiwa dan berminda kelas pertama, seiring dengan pembentukan negara yang stabil dan aman.

Downloads

Published

06-12-2021

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Johar, S. S. ., Panatik, S. A. ., & Raja Ibrahim, R. Z. A. . (2021). Transformasi Ketahanan Kecerdasan Emosi dalam Psikologi dan Tingkah Laku Belia. Human Sustainability Procedia, 1(2), 57-66. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/5177