Personaliti Big Five Dengan Prestasi Kerja Pengurusan Sumber Manusia

Authors

  • Fadillah Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, MALAYSIA
  • Adibah Abdul Kadir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, MALAYSIA

Keywords:

Personaliti, Prestasi Kerja, Pegawai Sumber Manusia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan prestasi kerja.  Responden kajian adalah seramai 94 orang pekerja di bahagian pengurusan sumber manusia dari 17 buah organisasi di kawasan perindustrian Senai.  Kajian personaliti ini diukur berdasarkan lima domain personaliti iaitu Extraversion, Neuroticism, Agreeableness, Conscientiousness, dan Openness to Experience dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science Version 12 (SPSS) menerusi analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi.  Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifkan dan positif di antara personaliti dengan prestasi kerja pekerja.  Dalam kajian ini, domain personaliti Conscientiousness merupakan personaliti yang paling utama dimiliki oleh pekerja dibahagian sumber manusia. 

Downloads

Published

28-07-2021

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Fadillah Ismail, & Adibah Abdul Kadir. (2021). Personaliti Big Five Dengan Prestasi Kerja Pengurusan Sumber Manusia. Human Sustainability Procedia, 1(1), 29-44. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/4759