Memahami Hubungan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Dan Jumlah Pekerja Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Di Malaysia

Authors

  • Mazmira Adan1 Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norazlin Adan Politeknik METrO Kuala Lumpur
  • Saiful Izzuan Hussain Jabatan Perangkaan, Malaysia

Keywords:

Analisa Kausal Granger, Hubungan Kausal, Pekerja, Pertumbuhan ekonomi, PKS

Abstract

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara signifikan dikenali sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara selain meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran perniagaan. Manakala pembangunan ekonomi sering dikaitkan dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menjadi alat pengukur keadaan ekonomi negara. Justeru KDNK digunakan sebagai proksi kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini melihat jaringan hubungan antara PKS dan jumlah pekerja di Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi. Penggunaan set data panel dari tahun 1998 hingga 2017 dengan mengaplikasi pendekatan Granger Causality atau analisa kausal Granger bagi menentukan hubungan di antara pembolehubah PKS, pertumbuhan ekonomi dan juga pekerja. Kajian ini melibatkan lima aktiviti ekonomi utama di Malaysia iaitu pertanian, pembinaan, pembuatan, perlombongan dan perkhidmatan. Hasil kajian mendapati wujud beberapa hubungan kausal (timbal balik) di antara pembolehubah dalam aktiviti yang berbeza. Perkembangan ekonomi dilihat membantu pertumbuhan sektor PKS dan peningkatan bilangan pekerja. Walau bagaimanapun, pertumbuhan sektor PKS yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara hanya berlaku di dalam aktiviti pembuatan sahaja. Manakala peningkatan bilangan pekerja pula menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam aktiviti pertanian, pembuatan dan pembinaan.

Downloads

Published

28-07-2021

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Mazmira Adan1, Norazlin Adan, & Saiful Izzuan Hussain. (2021). Memahami Hubungan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Dan Jumlah Pekerja Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Di Malaysia. Human Sustainability Procedia, 1(1), 1-10. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/4755