Pola Perbelanjaan Belia B40 dan M40 di Bandar

Malay

Authors

  • Norshuhada Bukhari UTHM
  • Norizan Rameli

Keywords:

Bandar, Belia, Keperluan, Pendapatan, Perbelanjaan

Abstract

Fokus kajian ini adalah untuk menganalisis perbelanjaan belia kumpulan B40 dan M40 yang menetap di bandar berdasarkan keperluan tertentu. Bagi mencapai objektif kajian ini, satu kerangka kajian mengenai apakah keperluan yang diutamakan ketika berbelanja telah dibangunkan. Keperluan tersebut merangkumi keperluan asas, perlindungan dan kesihatan, keluarga, dan masa lapang. Hasil dapatan kajian berupaya memperlihatkan perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan tersebut ketika berbelanja. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan keutamaan ketika berbelanja yang didorong oleh keinginan untuk menjamin kelangsungan hidup di bandar. Keperluan asas menjadi keutamaan perbincangan kajian perbelanjaan khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana di bandar. Hal ini disebabkan kos sara hidup yang mencabar di kawasan bandar. Akhir kajian ini mengetengahkan bahawa bentuk gaya hidup juga menyumbang kepada amalan perbelanjaan oleh golongan belia di bandar.

 

Downloads

Published

23-11-2021

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Bukhari, N., & Norizan Rameli. (2021). Pola Perbelanjaan Belia B40 dan M40 di Bandar: Malay. Human Sustainability Procedia, 1(2), 31-41. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/2117