Penyeludupan Dadah di Malaysia: Modus Operandi dan Strategi Pencegahan
Keywords:
Dasar Awam, Kriminologi, Strategi Pencegahan, Penyeludupan DadahAbstract
Isu penyeludupan dadah dan kes penangkapannya di Malaysia menunjukkan bahawa bilangan kes meningkat pada setiap tahun. Penyeludupan dadah ini menggunakan pelbagai kaedah untuk melepasi batas negara dan membawa pelbagai jenis dadah ke Malaysia. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti tindakan pihak berkuasa dalam memerangi penyeludupan dadah di negara ini dan modus operandi utama yang menyumbang kepada peningkatan kes sedemikian. Kajian mendapati bahawa dadah jenis syabu dan sintetik adalah yang paling banyak diseludup ke Malaysia. Penyeludupan ini dilakukan oleh sindiket antarabangsa yang menggunakan kambing hitam dan kurir (courier) sebagai perantara. Melalui meningkatkan kerjasama diplomatik dengan negara lain dan meningkatkan kemudahan pengesanan dadah, agensi penguatkuasa Malaysia telah menunjukkan bahawa mereka sangat komited dalam menangani isu ini.