Cabaran Psikologi Media Sosial Alaf 21
Keywords:
Cabaran, Psikologi, Media, SosialAbstract
Artikel ini membincangkan fungsi dan impak media sosial dalam masyarakat pada alaf ke 21. Pengaruh media sosial kepada negara dan masyarakat merangkumi pelbagai aspek termasuklah aspek psikologi yang mengandungi elemen emosi, mental dan tingkah laku. Pengaruh media sosial kepada masyarakat khususnya golongan muda bukan sahaja secara positif, akan tetapi turut memberikan kesan secara negatif. Sejauh mana impak media sosial secara negatif itu wujud menjadi cabaran psikologi yang perlu dititikberatkan bagi mengelakkan keadaan yang lebih bermudarat sehingga boleh mengakibatkan keruntuhan peradaban negara. Adalah seharusnya kemajuan dan pembangunan negara bukan hanya dari segi material dan teknologi, namun turut perlu mempunyai kemajuan peradaban yang berupaya mempertahan nilai etika dan adab sebagai manusia yang berperikemanusiaan dan mempunyai nilai-nilai yang mulia.