Punca dan Kesan Pencemaran Alam Sekitar: Kajian Kes Pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Authors

  • Faisal Husen Ismail university tun hussein onn malaysia
  • Che Adenan Mohammad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohamad Shahrudin Rashid Ali BD
  • Arwansyah Kirin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fitriah M Suud Universitas Muhammadiyah Yogyakarta
  • Ahmad Sharifuddin Mustapha Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pencemaran, Alam sekitar, Punca pencemaran, Kesan pencemaran, Malaysia

Abstract

Pencemaran alam sekitar bukanlah fenomena baru. Namun ianya kekal sebagai masalah terbesar manusia yang kekal dihadapi di seluruh dunia secara umumnya dan Malaysia khususnya. Aktiviti manusia melalui perlombongan, industri turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap isu pencemaran alam sekitar dari sudut kesan dan langkah mengatasi pencemaran di Malaysia. Kajian ini dijalankan di UTHM cawangan Pagoh. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan kaedah kepustakaan merujuk kepada buku, jurnal, mahupun keratan akhbar. Selain itu, soal selidik turut digunakan bagi memenuhi hasrat kajian ini. Seramai 100 pelajar telah menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini mendapati responden, terutamanya pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan, mempunyai pengetahuan yang baik tentang isu-isu pencemaran alam sekitar dan kesedaran yang positif tentang kepentingan menangani isu-isu ini. Mereka juga mengenali isu-isu utama, faktor-faktor penyebab, dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar. Kajian ini memberikan pandangan yang berharga dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan mengenai isu-isu pencemaran alam sekitar di kalangan mahasiswa UTHM.

Downloads

Published

15-11-2023

Issue

Section

Education

How to Cite

Husen Ismail, F. (2023). Punca dan Kesan Pencemaran Alam Sekitar: Kajian Kes Pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (C. A. Mohammad, M. S. . Rashid Ali, A. . Kirin, F. M Suud, & A. S. Mustapha , Trans.). Human Sustainability Procedia, 3(2), 25-32. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/13972