Kesan Buli Siber terhadap Psikologi Individu: Kajian Kes Mahasiswa UTHM

Authors

  • Muhamad Luqmanul Hakim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Dang Ra’il Zulaikha Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Amirah Sahira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Nursyakira Najwa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Farwizah Yusrin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohamad Nur Hafizudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Buli siber, Kesan, Psikologi Individu, Perspektif Mahasiswa

Abstract

Isu buli siber sering berlaku dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia dan memberi impak yang negatif kepada psikologi seseorang yang menjadi mangsa kepada masalah buli siber ini. Buli siber ini terjadi dengan cara memuat naik komen dan mesej yang negatif kepada mangsa tanpa memikirkan psikologi mereka. Antara kesan buli siber ini dapat menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta masalah mental yang lain dan akan menjadi faktor kepada mereka merasakan yang membunuh diri adalah penyelesaian yang terbaik untuk mereka lari daripada masalah ini. Namun begitu, dengan sifat keprihatinan masyarakat dan semangat perpaduan yang tinggi dapat membantu mereka yang menjadi salah seorang mangsa buli siber dengan cara menyakinkan mereka untuk menceritakan masalah yang mereka alami atau mengingatkan mereka bahawa tidak menjadi masalah untuk berjumpa dengan inividu yang pakar dalam menangani masalah psikologi seperti ahli psikologi dan kaunselor. Dengan itu, bagi menangani masalah buli siber ini berlaku dengan menganalisa langkah-langkah untuk mengatasi masalah buli siber yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia mereka. Kaedah soal selidik yang digunakan adalah kuanitatif dengan cara membuat borang selidik menerusi platform Google form. Borang soal selidik ini telah digunakan bagi mendapatkan pandangan dan persepsi masyarakat awam dalam mengenal pasti faktor yang menyebabkan masalah buli siber ini terjadi dan kesan psikologi terhadap individu yang menjadi mangsa masalah ini. Borang soal selidik ini telah disebarkan kepada pelajar-pelajar di UTHM bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas berkaitan masalah buli siber dalam kalangan masyarakat dan tahap kefahaman isu semasa tentang masalah buli siber di negara ini. Seramai 85 orang responden dari kalangan pelajar di UTHM telah menjawab soal selidik tentang masalah buli siber dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Di samping itu, kaedah pembacaan artikel, sedutan berita dan mengambil isi dalam perbincangan ilmiah juga merupakan satu kaedah yang telah dijalankan bagi faktor yang menyebabkan masalah buli siber ini terjadi dalan kalangan masyarakat di Malaysia. Dapatan kajian telah dibincangkan dengan teliti di dalam laporan ini. Antara faktor am jenayah buli siber ini terjadi disebabkan ketidakpuasan hati seseorang terhadap individu tertentu sama ada atas sebab prilaku, kemewahan, penampilan dan beberapa perkara lagi yang ada pada mangsa. Tambahan pula, penggunaan teknologi yang tiada hadnya menjadikan pembuli siber lebih berani dalam mendera mangsa secara mental dengan menggunakan kata-kata negatif bertujuan untuk menyakiti hati mangsa sekaligus memberi penderaan emosi dan mental kepada mangsa. Konklusinya, daripada kajian ini kami dapat mengkaji kesan buli siber terhadap psikologi individu yang menjadi mangsa masalah buli siber ini. Oleh yang demikian, masyarakat hendaklah prihatin dan bekerjasama dalam menangani masalah ini bagi melahirkan generasi masyarakat yang sihat. Masalah ini perlu diambil serius oleh semua pihak untuk mengatasi masalah buli siber ini daripada sering terjadi dari semasa ke semasa. Masyarakat yang tidak sihat akan memberikan impak yang negatif kepada negara. Kecanggihan medium teknologi maklumat pada ketika ini sememangnya memudahkan masyarakat berkomunikasi atau mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa namun ianya juga menjadi platform bagi jenayah buli siber yang semakin meningkat saban hari.

Downloads

Published

02-07-2023

Issue

Section

Science, Technology, Engineering and Mathematics

How to Cite

Muhamad Luqmanul Hakim, Dang Ra’il Zulaikha, Nur Amirah Sahira, Wan Nursyakira Najwa, Farwizah Yusrin, & Mohamad Nur Hafizudin. (2023). Kesan Buli Siber terhadap Psikologi Individu: Kajian Kes Mahasiswa UTHM . Human Sustainability Procedia, 3(1), 85-96. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/12418