The Assessment Of The Effectiveness Of Practical Cooking Handbook Based On Augmented Reality Application In Domestic Science

Authors

  • Siti Rubiyah bt Sukiran Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Irwan Mahazir Ismail Fakulti Pendidikan Teknikal danVokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Harliana Halim Fakulti Pendidikan Teknikal danVokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Erfy Ismail Fakulti Pendidikan Teknikal danVokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Hasril Amiruddin Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nizamudin Razali Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Penilaian, Pengajaran dan Pembelajaran, Augmented Reality, Buku amali masakan, Teori Stake Countenance Model of Evaluation

Abstract

Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mampu menongkah Revolusi Industri 4.0 apabila mereka berada dalam dunia pekerjaan. Salah satu inisiatif yang telah dilakukan adalah pengaplikasian teknologi Information Comunication Technology (ICT) dalam bidang pendidikan. Aplikasi Augmented Reality (AR) adalah salah satu aplikasi ICT yang mempu mengubah corak pengajaran dan pemudahcara (PdPc) guru bagi mempersiapkan pelajar dengan kemahiran asas Revolusi Industri 4.0. Oleh yang demikian, satu buku telah di bangunkan berasaskan Aplikasi AR ini iaitu Buku Amali Masakan Berasaskan Augmented Reality bagi Subjek Sains Rumahtangga. Dalam kajian ini penilaian telah dilakukan keatas Buku Amali Masakan Berasaskan Aplikasi Augmented Reality bagi Subjek Sains Rumahtangga (SRT) bagi menilai kebolehgunaan Buku Amali Masakan Berasaskan Augmented Reality bagi subjek Sains Rumahtangga bagi meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam amali masakan. Penilaian berdasarkan model Stake Countenance Model of Evaluation dengan menggunakan borang soal selidik dan responden adalah terdiri daripada 12 orang pelajar yang mengambil subjek SRT di sebuah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Dapatan menunjukkan kebolehgunaan Buku Amali Masakan Berasaskan Augmented Reality bagi subjek Sains Rumahtangga serta memberikan implikasi terhadap kefahaman pelajar yang semakin meningkat terhadap amali masakan.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Siti Rubiyah bt Sukiran, Irwan Mahazir Ismail, Harliana Halim, Mohd Erfy Ismail, Mohd Hasril Amiruddin, & Nizamudin Razali. (2018). The Assessment Of The Effectiveness Of Practical Cooking Handbook Based On Augmented Reality Application In Domestic Science . Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1239