Penggunaan Perisian Dalam Meningkatkan Tahap Keberkesanan Pengurusan Kewangan Peribadi Komuniti
Keywords:
pengurusan kewangan peribadi, perisian, muflis, beliaAbstract
Peningkatan statistik golongan yang muflis pada usia muda di negara kita sangat membimbangkan. Hal ini menunjukkan pengurusan kewangan individu yang sangat lemah. Justeru, sistem ini dicipta untuk membantu individu secara amnya untuk mengenal pasti perbelanjaan yang terlibat dalam bajet bulanan pengguna. Sistem ini juga membantu mengurus perbelanjaan secara berhemah. Walaupun terdapat pelbagai aplikasi pengurusan yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar, namun kebanyakannya semua dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, sasaran penggunanya adalah terhad. Sistem yang dibangunkan ini adalah menggunakan Microsoft Excel supaya semua golongan boleh menggunakannya kerana perisian ini terdapat dalam semua komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Reka bentuk antara muka sistem juga dibangunkan supaya mesra pengguna dengan penggunaan ikon-ikon yang menarik dan mudah difahami pengguna. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan pengguna dan kelebihan sistem ini kepada pengguna. Diharapkan dengan pembangunan sistem Sistem pengurusan kewangan peribadi ini, pengguna dapat membuat perancangan kewangan yang lebih mantap untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan dan mengurangkan risiko muflis. Dengan memfokuskan kepada semua golongan masyarakat, sistem ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk dikomersilkan berdasarkan pasaran yang luas dan keperluan pengguna terhadap sistem pengurusan kewangan yang ringkas dan mudah digunakan.