Cabaran Dalam Menghadapi Dunia Pekerjaan: Perspektif Majikan Terhadap Graduan Kolej Komuniti

Authors

  • Khairul Bariyah Bt Masrakin Kolej KomunitiBandar Penawar
  • Nurul As’shikin binti Ramli Kolej Komuniti Bandar Penawar

Keywords:

GRADUAN KOLEJ KOMUNITI

Abstract

Kepentingan melahirkan tenaga kerja yang berkualiti sebenarnya bukan sahaja sekadar memenuhi tuntutan pekerjaan semata-mata, sebaliknya dalam konteks yang lebih besar, graduan berkualiti akan menyumbang kepada kekuatan modal insan atau bakat yang diperlukan negara. Cabaran dalam dunia pekerjaan kini, majikan bukan sahaja melihat kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi juga melihat kepada keupayaan atau kemahiran graduan dari pelbagai aspek. Sehubungan itu, satu kajian dijalankan bagi mengukur persepsi majikan terhadap graduan Kolej Komuniti. Persepsi majikan terhadap graduan dinilai untuk mengetahui kualiti graduan yang dihasilkan dari sesebuah institusi. Seramai 50 majikan telah dipilih dalam kajian ini dan kaedah soal selidik telah dijalankan bagi mendapatkan persepsi majikan secara umum. Dapatan kajian menunjukkan rata-rata majikan mempunyai persepsi yang baik terhadap graduan dan konstruk-konstruk yang diuji mendapat nilai min yang tinggi

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Khairul Bariyah Bt Masrakin, & Nurul As’shikin binti Ramli. (2018). Cabaran Dalam Menghadapi Dunia Pekerjaan: Perspektif Majikan Terhadap Graduan Kolej Komuniti. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1235