Peranan Wanita Dalam Dakwah Bil Hal

Authors

  • Azizul Azra Bin Abdul Razak akulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd. Hisyam Abdul Rahim Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Wanita, Dakwah Bil Hal, Al-Quran, Akhlak, Khidmat, Prasarana

Abstract

Istilah dakwah bil hal merupakan salah satu cabang daripada metode dakwah dalam ilmu dakwah yang pelbagai. Peranannya dipikul dibahu setiap individu tanpa mengira jantina. Peranan wanita dalam dakwah bil hal kian kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Justeru itu, kajian ini berusaha mengetengahkan perbahasan berkaitan peranan wanita dalam dakwah bil hal. Fokus perbincangan menjurus kepada peranan wanita dalam dakwah bil hal menerusi akhlak, khidmat dan prasarana. Penyelidikan ini adalah bersifat kualitatif yang memanfaatkan proses pengumpulan data dan seterusnya dianalisis. Berdasarkan asas-asas kukuh berkenaan dengan metode dakwah bil hal ini, ia berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan khususnya kepada golongan wanita sekiranya kajian yang dijalankan berbentuk multidisplin dan tidak terhad dalam sesuatu bidang tertentu sahaja.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Azizul Azra Bin Abdul Razak, & Mohd. Hisyam Abdul Rahim. (2018). Peranan Wanita Dalam Dakwah Bil Hal. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1233