Pengaruh Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Kewarganegaraan Organisasi Dalam Kalangan Pekerja Sektor Perkilangan

Authors

  • Fadillah Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lutfan Jaes Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Adibah Abdul kadir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kecerdasan emosi, tingkah laku kewarganegaraan organisasi, pengurusan pertengahan

Abstract

Kecerdasan emosi memainkan peranan yang sangat penting bagi seorang pemimpin atau ketua kerana ia dapat membantu bukan sahaja mewujudkan hubungan sosial yang positif malah menjamin kualiti kesejahteraan dalam kalangan rakan sekerja dan pekerja bawahan, sekaligus dapat membantu mengelakkan konflik serta salah faham dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi. Ini kerana, kegagalan membendung situasi ini akan membawa impak yang lebih negatif terhadap organisasi dan individu sekiranya ia tidak di atasi secara proaktif. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap serta hubungan antara kecergasan emosi dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan pengurusan pertengahan di sektor perkilangan. Sejumlah 100 set soal selidik diedarkan kepada responden yang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Analisis menunjukkan tahap kecerdasan emosi responden berada pada tahap yang tinggi dan tiada perbezaan antara kecerdasan emosi responden lelaki dan perempuan. Tahap tingkah laku kewarganegaraan organisasi pula berada pada tahap sederhana. Manakala analisis korelasi membuktikan terdapat hubungan yang signifikan dengan r=0.620 di antara kecerdasan emosi dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi. Justeru, kajian ini telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan ke atas tingkah laku kewarganegaraan organisasi di mana, semakin tinggi tahap kecerdasan emosi, semakin tinggi tingkah laku kewarganegaraan organisasi pekerja.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Fadillah Ismail, Lutfan Jaes, & Adibah Abdul kadir. (2018). Pengaruh Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Kewarganegaraan Organisasi Dalam Kalangan Pekerja Sektor Perkilangan. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1232