Hubungan Di Antara Pemilihan Kerjaya Dengan Kepuasan Kerjaya

Authors

  • Noraziyati Bazlin Sheik Salem Universiti Teknologi Malaysia
  • Fadillah Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Adibah Abdul Kadir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ahmad Saiful Azlin Puteh Salin Universiti Teknologi Mara Pera

Keywords:

Pemilihan kerjaya, kepuasan kerjaya, pensyarah

Abstract

Pemilihan dan proses membuat keputusan mengenai sesuatu pilihan merupakan antara cabaran paling signifikan yang perlu dihadapi oleh seseorang dalam kehidupannya. Oleh itu pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting bukan sahaja dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang individu, malah menjamin kepuasan hidup yang didambakan. Maka kajian ini dijalankan untuk mengkaji pemilihan kerjaya dan hubungannya dengan kepuasan kerjaya dalam kalangan pensyarah-pensyarah di sebuah institusi pendidikan XYZ. Batasan kajian ini tertumpu kepada pembolehubah-pembolehubah yang menyumbang ke arah pemilihan kerjaya dan kepuasan kerjaya dalam kalangan pensyarah-pensyarah di sebuah institusi pendidikan XYZ di mana skop kajian ini menyentuh enam aspek pemilihan kerjaya dan kepuasan kerjaya yang mana pemilihan kerjaya merangkumi minat, pencapaian akademik, pengaruh keluarga, ganjaran, rakan, dan prestij; manakala kepuasan kerjaya pula merangkumi gaji setimpal, suasana dan interaksi yang baik, membangunkan kemahiran baru, berpuashati dengan bidang kerjaya dan penghargaan diri. Dalam kajian ini, seramai 86 orang pensyarah dipilih secara rawak dari dua jabatan diinstitusi pendidikan XYZ . Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, skor min bagi setiap kepuasan kerjaya yang dipilih oleh golongan pensyarah institusi pendidikan XYZ ini menunjukkan tahap kepuasan kerjaya mereka berada di tahap tinggi iaitu melebihi skor min 3.68. Manakala faktor prestij menunjukkan nilai (R) 0.684) iaitu merupakan faktor paling dominan atau tinggi yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di kalangan golongan pensyarah-pensyarah di institusi pendidikan XYZ. Selain itu, pengkaji juga mendapati nilai Pekali Korelasi Spearman (rs = 0.269) menunjukkan hubungan yang positif dan lemah pada signifikan aras 0.00 antara pemilihan kerjaya dan kepuasan kerjaya.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Noraziyati Bazlin Sheik Salem, Fadillah Ismail, Adibah Abdul Kadir, & Ahmad Saiful Azlin Puteh Salin. (2018). Hubungan Di Antara Pemilihan Kerjaya Dengan Kepuasan Kerjaya. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1231