Kelestarian Orang Kurang Upaya (Autisme) Dalam Era Revolusi Perindustrian 4.0: Projek Pemetaan Autisme Di Rantau Asean

Authors

  • Norasnida binti Nordin Jabatan Pembangunan Orang Kurang UpayaJabatan Kebajikan MasyarakatKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Al-Azmi Bakar Institut Sosial MalaysiaKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Keywords:

KELESTARIANORANG KURANG UPAYA(AUTISME)

Abstract

Autisme Spectrum Disorder (ASD) atau Autisme adalah merupakan salah satu daripada sub kategori di bawah kategori Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran. Di rantau ASEAN, majoriti daripada negara ASEAN tidak mempunyai data yang tepat mengenai Autisme. Kebanyakan daripada negara ini hanya menggunakan anggaran daripada United States Centres for Desease Control and Prevention (US CDC) di mana 1% daripada jumlah penduduk sesebuah negara adalah Autisme. Selain daripada itu, pengetahuan dan maklumat mengenai Autisme di negara-negara ASEAN seperti punca ia berlaku, perkhidmatan yang disediakan, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan perkhidmatan juga agak sukar diperolehi. Ketiadaan data dan maklumat yang tepat mengenai Autisme juga menyebabkan perancangan dan kemudahan yang disediakan tidak dapat memenuhi keperluan sebenar mereka. Sekretariat ASEAN dilihat telah mengambil langkah bijak dengan merebut peluang daripada perkembangan pesat Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Pelancaran Projek Pemetaan Autisme di rantau ASEAN pada 27 Ogos 2018 merupakan antara projek yang bakal mendapat manfaat daripada IR 4.0 ini. Projek yang memakan masa selama 2 tahun bermula Mei 2018 sehingga April 2020 ini merupakan satu usaha untuk mewujudkan data komprehensif mengenai Autisme di Rantau ASEAN melalui penghasilan dokumen Autism at a Glance in ASEAN. Malaysia merupakan antara negara ASEAN yang terlibat dalam projek ini telah merancang strategi bagi penyediaan data dan maklumat melalui kerjasama pelbagai agensi dan NGO berkaitan. Melalui kerjasama yang dijalankan sudah pasti data dan maklumat menyeluruh berkaitan Autisme di Malaysia dapat disediakan dan seterusnya menjadi rujukan bagi negara dan kompilasi maklumat Autisme di rantau ASEAN. Semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan setiap cabaran dalam proses penyediaan data dan maklumat Autisme ini dapat diatasi dengan cara yang berhemah bagi memastikan matlamat penghasilan dokumen ini dapat direalisasikan. Adalah dicadangkan penghasilan dokumen Autism at a Glance in ASEAN ini turut memanfaatkan kecanggihan IR 4.0 dengan penghasilan electronic book yang boleh diakses oleh semua pengguna dan dapat dimanfaatkan oleh pihak berkaitan ke arah kesejahteraan OKU.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Norasnida binti Nordin, & Al-Azmi Bakar. (2018). Kelestarian Orang Kurang Upaya (Autisme) Dalam Era Revolusi Perindustrian 4.0: Projek Pemetaan Autisme Di Rantau Asean. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1228