Hubungan Antara Kesejahteraan Subjektif Dengan Kesihatan Mental Di Kalangan Penjawat Awam Yang Akan Bersara

Authors

  • Mohd Alwibin Mohd Mustafa

Keywords:

Katakunci, Kesejahteraan Subjektif, Kesihatan Mental dan Penjawat Awam

Abstract

Persaraan membawa perspektif yang berbeza bagi setiap individu. Sesetengah individu beranggapan bahawa persaraan merupakan masa yang amat ditunggu-tunggu setelah berpuluh tahun bekerja. Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang beranggapan bahawa persaraan merupakan suatu situasi yang membebankan serta memberi impak yang negatif dalam kehidupan terutama dari aspek kesejahteraan dan juga kesihatan mental. Kertas ini mencadangkan bahawa kesejahteraan subjektif mempunyai hubungan secara langsung dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam yang akan bersara. Bakal pesara yang mempunyai tahap kesejahteraan subjektif yang tinggi berupaya untuk menguruskan kesan-kesan persaraan dengan lebih efektif dan seterusnya memberi kesan yang positif terhadap tahap kesihatan mental setelah bersara kelak. Kajian ini juga menjelaskan bahawa pekerja sosial mempunyai peranan yang amat penting dalam masyarakat selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang merupakan satu agenda sosial kerajaan untuk memastikan kesejahteraan hidup warga emas di negara ini

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Mohd Alwibin Mohd Mustafa. (2018). Hubungan Antara Kesejahteraan Subjektif Dengan Kesihatan Mental Di Kalangan Penjawat Awam Yang Akan Bersara. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1227