Mahathir Sebagai Perdana Menteri Ke 7: Kemuncak Paternalistic Leadership Di Malaysia

Authors

  • Lutfan Jaes Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nurul Aimi Razali Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fadillah Ismail Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zahrul Akmal Damin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fauziah Ani Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Mahathir, Paternal Leadership, Sistem Nilai, Akal Budi Tempatan

Abstract

Penulisan ini cuba memerihalkan tentang Mahathir dan gaya Paternalistic Leadership (Kepimpinan Kebapaan) dalam sistem nilai pemerintahan di Malaysia. Ia disusuri melalui pengaruh akal budi tempatan (local wisdom) yang dipercayai membentuk watak kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke 7. Pendirian awal penulisan ini diambil dengan rujukan kajian lepas ketika Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 4. Metod penganalisisan adalah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks ucapan dan teks media Mahathir yang signifikan. Pemerhatian rambang berdasarkan hening cipta penulis juga turut dilakukan. Analisis akan melihat Paternalistic Leadership dalam kecenderungan dimensi nilai Etika Kerja, Perkauman/Kemasyarakatan, Orientasi Kuasa dan Kekeluargaan. Keempat-empat dimensi ini dipilih kerana sering dibincangkan oleh para sarjana sebagai dimensi nilai yang mendasari gaya kepimpinan pemimpin-pemimpin Asia. Pengekodan data dilakukan dengan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Di akhir penulisan ini, satu penjelasan terhadap aplikasi nilai-nilai paternal (kebapaan) Mahathir dalam pemerintahan akan diperoleh. Kesimpulan, Paternalistic Leadership di Malaysia telah mencapai kemuncaknya apabila kemahiran seorang negarawan (Statesmans Leadership) masih di dambakan. Mahathir bukan sahaja membimbing masyarakat yang baru bebas dari penjajahan dan dibawa ke hadapan dengan persediaan mental dan fizikal untuk mendepani cabaran global di abad ke 20 (PM ke 4). Malah kini beliau perlu muncul sekali lagi di abad ke 21 untuk mempimpin serta menyambung kerja-kerja yang terkait dengan ketumpulan kepimpinan yang lepas. Paling penting ia terangkum secara tidak langsung dalam akal budi tempatan masyarakat dengan beberapa manipulasi nilai bagi disesuaikan dengan kehendak semasa. Ia dilakukan dengan penuh nilai-nilai paternal (kebapaan) seorang pemimpin

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Lutfan Jaes, Nurul Aimi Razali, Fadillah Ismail, Zahrul Akmal Damin, & Fauziah Ani. (2018). Mahathir Sebagai Perdana Menteri Ke 7: Kemuncak Paternalistic Leadership Di Malaysia. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1226