Tahap Kefahaman Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ): Kajian Terhadap Pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Authors

  • Shah Rul Anuar Nordin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Halimi Mohd. Khalid Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Zainatul Nadra Zainol Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Intan Farhana Saparuddin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nik Kamal Wan Mohamed Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Siti Marpuah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Aaina Mardhiah Wan Zahari Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kata Kunci, Kefahaman, Akidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR), Batu Pahat, Johor. Kajian ini berbentuk kuantitatif statistik deskriptif. Sebanyak 105 borang soalselidik telah diedar kepada responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 di SMAPR. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar SMAPR terhadap akidah ASWJ berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan hasil analisis, dua elemen yang mempunyai nilai min skor paling tinggi ialah elemen kefahaman pelajar tentang Rukun Iman ada 6 perkara dan Rukun Islam ada 5 perkara iaitu 5.00. Secara keseluruhannya pelajar sangat faham tentang akidah ASWJ. Walaupun begitu, usaha pemantapan akidah ASWJ perlu sentiasa dilakukan melalui bidang pendidikan untuk kelestarian insan.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Shah Rul Anuar Nordin, Halimi Mohd. Khalid, Nur Zainatul Nadra Zainol, Intan Farhana Saparuddin, Nik Kamal Wan Mohamed, Siti Marpuah, & Wan Aaina Mardhiah Wan Zahari. (2018). Tahap Kefahaman Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ): Kajian Terhadap Pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1224