Women and Economy Keberkesanan Program “Mon Marchĕ Social” (Sosial Market Saya) Membangunkan Keusahawanan Wanita Johor

Authors

  • Mohamad Ali Taib Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor

Keywords:

WOMEN AND ECONOMY

Abstract

Kertas ini disediakan adalah untuk memperkenalkan dan menyatakan kejayaan Projek Mon March? Social (MMS) atau Sosial Market Saya (SMS) yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Johor bersama penyelaras projek MMS iaitu Encik Abd Rahim Samad dan Puan Noordiana Samudin. Projek MMS ini adalah merupakan satu program untuk meningkatkan pendapatan usahawan-usahawan di bawah bimbingan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor melalui aktiviti jualan di Pusat beli-belah di Negeri Johor dan Expo di Negara Singapura. Ini adalah berikutan kebanyakan pusat beli-belah dan Expo Changi, Suntec City dan Marina Bay Sand, Singapura adalah pusat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan dan pusat beli-belah maka pengwujudan MMS ini adalah amat bersesuaian dan menjadi salah satu kemudahan kepada orang ramai untuk membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan yang dipromosikan oleh usahawan-usahawan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor. Setakat ke hari ini seramai 676 Usahawan Wanita Johor dan masih aktif telah bersama di dalam Projer MMS sejak Ogos 2015 serta berjaya melonjakkan pendapatan kepada 100% dari jumlah asal. Kesemua usahawan ini bermula dengan berniaga di pasar malam dan pasar tani sahaja sebelum ini telah berjaya diubah dari segi penampilan, teknik networking, disamping didedahkan dengan tip-tip mudah di dalam memasarkan produk masing-masing.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Mohamad Ali Taib. (2018). Women and Economy Keberkesanan Program “Mon Marchĕ Social” (Sosial Market Saya) Membangunkan Keusahawanan Wanita Johor. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1222