Menyelusuri Asimilasi Budaya Kaum Orang Asli Suku Kuala Di Sungai Layau, Kota Tinggi

Authors

  • Fauziah Ani Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rosman Md.Yusoff Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zahrul Akmal Damin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lutfan Jaes Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Siti Sarawati Johar Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Shah Rul Anuar Nordin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Akbal Abdullah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Khairul Azman Mohd Suhaimy Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fadillah Ismail Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Asimilasi,budaya, komuniti, kearifan lokal

Abstract

Komuniti orang Kuala di Sungai Layau adalah merupakan komuniti orang asli yang terdapat di Kota Tinggi, Johor. Perpindahan mereka dari Pulau Sialu ke Sungai Layau yang merupakan yang majoritinya masyarakat melayu menyebabkan berlakunya banyak perubahan dalam segenap aspek kehidupan mereka. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti asal usul dan latar belakang orang Asli Kuala di Sungai Layau dan mengkaji sejauhmana berlakunya proses asimilasi dalam kalangan orang asli Sungai Layau. Pendekatan kualitatif yang diperolehi secara pemerhatian dan temubual tidak berstruktur digunakan untuk menjawab persoalan tersebut. Manakala data sekunder daripada pelbagai literatur, buku, kertas seminar dan bahan rujukan yang lain dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian tersebut menunjukkan proses asimilasi budaya berlaku merangkumi budaya material dan non material sehingga mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu yang tinggal di persekitaran mereka.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Fauziah Ani, Rosman Md.Yusoff, Zahrul Akmal Damin, Lutfan Jaes, Siti Sarawati Johar, Shah Rul Anuar Nordin, Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar, Akbal Abdullah, Khairul Azman Mohd Suhaimy, & Fadillah Ismail. (2018). Menyelusuri Asimilasi Budaya Kaum Orang Asli Suku Kuala Di Sungai Layau, Kota Tinggi. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1221