Kepemimpinan Wanita Dalam Kesultanan Aceh Dar Al-Salam

Authors

  • Shah Rul Anuar Nordin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Khairul Azman Mohd Suhaimy Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fauziah Ani Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Zainatul Nadra Zainol Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nik Kamal Wan Mohamed Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Abdul Shakor Borham Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kepemimpinan, Wanita, Kesultanan Aceh Dar al-Salam.

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menyorot kembali kebijaksanaan politik masyarakat Melayu Islam dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M. Kesultanan Aceh Dar al-Salam merupakan antara kesultanan Islam di dunia yang pernah melantik wanita sebagai ketua negara. Empat orang Sultanah telah berjaya menerajui Kesultanan Aceh pada abad ke 17M dan sekaligus membuktikan bahawa wanita Melayu bijak, berani dan apa yang lebih penting ia dilakukan tanpa menimbulkan kontroversi dalam tatasusila beragama selama 58 tahun. Mereka adalah Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675), Sultanah Nurul Alam Naqiatuddin Shah (1675-1678), Sultanah Zakiatuddin Inayat Shah (1678-1688) dan Sultanah Zinatuddin Kamalat Shah (1688-1699). Penulisan ini cuba menyingkap pengalaman dan rahsia unik kepemimpinan wanita Melayu Islam dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M melalui metode kualitatif menggunakan pendekatan analisis isi kandungan buku, jurnal serta dokumen berkaitan. Kajian mendapati bahawa sumber kekuatan kepemimpinan wanita dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M adalah para ulama. Gandingan antara umara dan para ulama yang terkenal pada waktu itu seperti Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Sheikh Abdul Rauf Singkil berjaya mengekalkan dominasi politik Aceh di persada dunia. Selain itu, cinta kepada ilmu pengetahuan menyebabkan karya-karya tulis para ulama seperti kitab Taj al-Salatin dan fatwa Sheikh Abdul Rauf Singkil dijadikan panduan oleh kepemimpinan wanita pada waktu itu.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Shah Rul Anuar Nordin, Khairul Azman Mohd Suhaimy, Fauziah Ani, Nur Zainatul Nadra Zainol, Nik Kamal Wan Mohamed, Abdul Shakor Borham, & Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar. (2018). Kepemimpinan Wanita Dalam Kesultanan Aceh Dar Al-Salam. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1220