Kerja Kumpulan Dalam Meningkatkan Kefungsian Psikososial Warga Emas Di Institusi: Suatu Penerokaan Awal

Authors

  • Nor Afiza binti MohdFuzi Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan

Keywords:

Kerja Kumpulan, Pembangunan Warga Emas, The Mutual Aid Model

Abstract

Kerja kumpulan adalah salah satu daripada kaedah yang digunakan bagi tujuan intervensi kerja sosial.Fungsi kerja kumpulan banyak digunakan dalam bidang kesihatan, kebajikan, pendidikan dan rekreasi. Ia merupakan satu kaedah membantu yang digunakan dalam kumpulan dengan pelbagai tujuan dan terdiri daripada ahli yang berskala luas daripada individu sihat hingga sakit. Kerja sosial kumpulan merupakan aplikasi pengetahuan tentang situasi spesifik.Justeru,objektif kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes ini adalah untuk membuat penilaian awal terhadap aplikasi kerja kumpulan dalam kalangan warga emas di institusi. Pemilihan informan adalah secara bertujuan yang terdiri daripada warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheras, pelbagai bangsa, tinggal bersama-sama di Rumah Seri Kenangan dan berumur 60 tahun ke atas. Hasil kajian menunjukkan kerja kumpulan berdasarkan model praktis The Mutual Aid Model dapat membantu warga emas mempunyai dorongan semulajadi utuk lebih sihat, berkembang dan rasa dipunyai. Analisis kajian dibuat berdasarkan kepada fasa-fasa dalam kumpulan melalui aktiviti yang telah dirancang dan melibatkan penggunaan terapi masakan, muzik dan seni (mengarca). Kesimpulannya, hasil penerokaan awal mendapati kerja kumpulan dapat membantu meningkatkan kefungsian psikososial warga emas.Kerja kumpulan dalam praktis kerja kumpulan warga emas seharusnya diberi perhatian dan diperbanyakkan bagi meningkatkan kesejahteraan warga emas di institusi, selari dengan hasrat Malaysia ke arah Succesfull Ageing menjelang 2030.Pembangunan warga emas di institusi boleh dipertingkatkan lagi melalui hasil kajian ini. Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat memberikan keberhasilan modul pembangunan warga emas di institusi warga di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Nor Afiza binti MohdFuzi. (2018). Kerja Kumpulan Dalam Meningkatkan Kefungsian Psikososial Warga Emas Di Institusi: Suatu Penerokaan Awal . Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1219