Satu Pengalaman Penggunaan Teknologi Dalam Pemulihan Klien Dalam Konteks Kerja Sosial Di Pusat Rehablitasi Tun Abdul Razak, Bandar Teknologi Hijau Melaka

Authors

  • Shahrol Rozaat Bin Abdul Rasih Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Keywords:

Perkeso, Teknologi Moden, Kerja Sosial, Orang Berinsurans, Rehablitasi

Abstract

Cabaran Bidang Kerja Sosial dalam menghadapi revolusi Industri 4.0 semakin mencabar khususnya dalam pemulihan klien yang melibatkan biopsikososial. Penggunaan teknologi moden di Pusat Rehablitasi Tun Abdul Razak (PERKESO amat membantu dalam pemulihan persakit dalam Program Return To Work (RTW) . Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seterusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat. Program Return To Work (RTW) dilaksanakan menerusi pendekatan Pengurusan Hilangupaya yang sistematik di mana setiap kes yang layak dan bermotivasi akan diuruskan oleh seorang Pengurus Kes yang bertanggungjawab sebagai perantara antara Orang Berinsurans, doktor yang merawat, majikan, pusat rehabilitasi dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi memastikan setiap masalah dan halangan Orang Berinsurans dapat diselesaikan dengan kadar segera melalui pendekatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi moden.Setiap perbincangan dilakukan dalam Rehab Action Plan secara bersama. Program ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pekerja, keluarga, majikan, doktor yang merawat, penyedia perkhidmatan rehabilitasi, badan bukan kerajaan, pusat vokasional dan pihak-pihak lain dalam membantu menjayakan Program Return To Work (RTW)dengan lebih efektif. Teknologi terkini seperti robotik dan teknologi maklumat memudahkan pekerja kes melaksanakan pemulihan klien secara terancang dan sistematik.Penetapan sasaran klien dari awal kemasukan secara bersama berdasarkan analisis kepakaran pelbagai bidang pasukan rehab memudahkan pemulihan pesakit secara keseluruhan

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Shahrol Rozaat Bin Abdul Rasih. (2018). Satu Pengalaman Penggunaan Teknologi Dalam Pemulihan Klien Dalam Konteks Kerja Sosial Di Pusat Rehablitasi Tun Abdul Razak, Bandar Teknologi Hijau Melaka. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1218