Kefungsian Keluarga Remaja Perempuan Tidak Terkawal: Suatu Penerokaan

Authors

  • Maznah Othman Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
  • Norulhuda Sarnon Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Ezarina Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keywords:

Kefungsian keluarga;remaja perempuan;tingkah laku tidak terkawal;komunikasi keluarga;kasih sayang

Abstract

Persekitaran keluarga yang banyak berubah kesan daripada pengaruh globalisasi dan kemajuan teknologi banyak memberi kesan dan cabaran dalam perkembangan diri remaja. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai salah satu agensi utama pemulihan atas masalah tingkah laku remaja banyak menerima rujukan daripada ibu bapa yang berhadapan masalah tidak terkawal setelah keluarga tidak lagi mampu menangani masalah anak mereka. Justeru, objektif kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes ini adalah bagi meninjau kefungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal. Pemilihan informan adalah secara bertujuan yang terdiri daripada remaja perempuan tidak terkawal, berbangsa Melayu, beragama Islam, tinggal bersama-sama keluarga dan berumur 13 hingga 18 tahun yang telah dirujuk ke JKM kerana pelbagai masalah tingkah laku. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua ciri ketidakfungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal iaitu (i) komunikasi keluarga tidak berkesan; dan (ii) kekurangan perhatian dan kasih sayang. Analisis kajian adalah dibuat secara manual dengan menggunakan kaedah thematic analysis. Kesimpulannya, hasil penerokaan mendapati elemen-elemen kefungsian keluarga adalah saling berkaitan dengan faktor risiko remaja perempuan menjadi tidak terkawal. Kajian turut menunjukkan remaja perempuan kini berhadapan dengan cabaran besar apabila mempunyai keluarga yang tidak berfungsi. Oleh yang demikian peranan pekerja sosial menjadi sangat kritikal bagi membantu remaja perempuan ke arah yang positif serta berupaya menangani masalah mereka sehingga dapat hidup dengan lebih sejahtera

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Maznah Othman, Norulhuda Sarnon, & Ezarina Zakaria. (2018). Kefungsian Keluarga Remaja Perempuan Tidak Terkawal: Suatu Penerokaan. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1216