Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Batu Pahat, Johor

Authors

  • Mohamad Zaid Mustafa Fakulti Pendidikan Teknikal danVokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Sa’ari Mohd Salleh
  • Rosnee Ahad
  • Abdul Rasid bin Abdul Razzaq

Keywords:

kemahiran berfikir aras tinggi, pengajaran, konstruk pengetahuan, sikap, amalan

Abstract

Dalam tempoh dua dekad lepas, pentaksiran antarabangsa muncul sebagai satu kaedah perbandingan langsung tentang kualiti hasil pendidikan merentas negara dan sistem. Analisis awal yang dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pentaksiran TIMSS pada tahun 2011 dan PISA pada tahun 2012 menyatakan berlakunya ‘trend’ kejatuhan dalam subjek khususnya Matematik dan Sains. Tigafaktor utama yang menyebabkan ini terjadi iaitu sikap murid, format soalan dan keutamaan guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan elemen KBAT oleh guru pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran serta melihat isu dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru pendidikanIslam dalam menyuntik elemen KBAT menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi ini menumpukan kepada persepsi guru-guru pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan daerah Batu Pahat. Seramai 120 orang responden telah dipilih,soal selidik diedarkan ke sekolah menengah di daerah Batu Pahat dengan memilih sampel secara rawak. Tiga konstruk menjadi pilihan pengkaji dalam menilai persepsi guru-guru terhadap KBAT iaitu pengetahuan, sikap dan amalan. Hasil analisis statistik dengan menggunakan perisian SPSS Versi 16.0 telah mendapati persepsi keseluruhan guru-guru pendidikan Islam terhadap KBAT berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.67. Selain itu, kekuatan hubungan ketiga-tiga konstruk pengetahuan, sikap dan amalan ditentukan dengan kaedah korelasi Pearson setelah ujian normaliti menunjukkan data bertabur secara normal. Dapatan kajian menunjukkan hubungan keseluruhan konstruk berada pada tahap signifikan yang kuat dengan nilai pekali korelasi 0.609. Secara keseluruhan rumusan daripada kajian ini menggambarkan tahap persepsi guru pendidikan Islam terhadap KBAT bolehditambahbaik dari semasa ke semasa.

Downloads

Published

15-12-2018

How to Cite

Mohamad Zaid Mustafa, Mohd Sa’ari Mohd Salleh, Rosnee Ahad, & Abdul Rasid bin Abdul Razzaq. (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Batu Pahat, Johor . Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1214