HUBUNGAN ASPEK KEPERCAYAAN DAN BUDAYA MASYARAKAT DENGAN SIMPTOM PSIKIATRI REMAJA MUSLIM HISTERIA

Authors

  • INTAN FARHANA SAPARUDIN UTHM
  • FARIZA MD. SHAM
  • SALASIAH HANIM HAMJAH

Keywords:

Kata Kunci, Histeria, kepercayaan, masyarakat, budaya, simptom psikiatri, remaja Muslim.

Abstract

Gejala histeria merupakan fenomena mental dan sosial yang boleh tercetus daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang didapati sering wujud dalam kejadian histeria adalah aspek kepercayaan dan budaya. Aspek kepercayaan membawa kepada ledakan simptom histeria apabila sistem nilai kepercayaan dan budaya masyarakat mempengaruhi pandangan dan perspektif individu dalam memahami dan menangani histeria yang terjadi. Fenomena ini sering melanda remaja Muslim di Malaysia dan menjadi satu isu yang membimbangkan dan wajar diberi perhatian serius. Dari sudut simptom histeria, ia seringkali dizahirkan dalam bentuk gangguan psikologi dan simptom psikiatri. Maka dalam kajian ini simptom histeria dikhususkan kepada simptom berbentuk psikiatri iaitu gangguan fisiologi. Berdasarkan permasalahan yang berlaku, makalah ini membincangkan hubungan aspek kepercayaan dan budaya masyarakat dengan simptom psikiatri remaja Muslim histeria. Melalui reka bentuk kajian tinjauan dengan instrumen soal selidik, kajian dilakukan terhadap 122 orang remaja histeria daripada 10 buah sekolah menengah di Selangor yang dipilih secara persampelan kelompok. Hasil tinjauan yang dilakukan mendapati simptom psikiatri berhubung secara signifikan dengan aspek kepercayaan dan budaya dengan keputusan korelasi (r= .389; p < 0.01). Penemuan ini menunjukkan elemen kepercayaan dan budaya dalam masyarakat mendorong kepada simptom histeria dalam kalangan remaja. Situasi ini wajar ditangani dengan mendidik masyarakat ke arah mentaliti dan stigma pemikiran yang lebih rasional dan positif dalam menangani apa jua gejala psikologi dan mental.
Kata Kunci: Histeria; kepercayaan; masyarakat; budaya; simptom psikiatri; remaja Muslim.

Downloads

Published

30-08-2018

How to Cite

SAPARUDIN, I. F., MD. SHAM, F., & HAMJAH, S. H. (2018). HUBUNGAN ASPEK KEPERCAYAAN DAN BUDAYA MASYARAKAT DENGAN SIMPTOM PSIKIATRI REMAJA MUSLIM HISTERIA. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1210