ANALISIS HUBUNGAN ANTARA MAJIKAN DAN PEKERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • ZAINUDDIN MOHD NOH
  • SHAKILA AHMAD
  • HARLIANA HALIM

Keywords:

Kata kunci, Majikan, Pekerja, Etika Pekerjaan Islam

Abstract

Majikan dan pekerja merupakan modal insan terpenting bagi sebuah organisasi. Keserasian dan kejelikatan hubungan antara keduanya akan menyumbang kepada kecemerlanga n organisasi dan peningkatan produktiviti. Perspektif Islam menetapkan, d i samping penghasilan produk dan perkhidmatan dalam bentuk material, k eberkatan rezeki yang bergantung kepada keredhaan Allah SWT wajib diperolehi . Oleh itu, Islam telah menggariskan elemen - elemen dalam hubungan manusia sebagai asas untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Elemen - elemen tersebut sekiranya diaplikasikan dalam hubungan antara majikan dan pekerja akan mewujudkan ketenangan dan kesejahteraan dalam organisasi dan masyarakat. J usteru, kertas kerja ini akan membincangkan beberapa eleme n penting yang digariskan Islam dalam menjaga hubungan antara majikan dan pekerja . Pendekatan penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan kajian perpustakaan bagi menda patkan sumber. Sumber ini dianalisis menggunakan pendekatan perbandingan dan induktif . Hasil daripada penelitian ini mendapati, Islam telah menggariskan beberapa elemen seperti taaruf, taawun, takaful dan tasammuh sebagai panduan dalam menguruskan hubungan manusia di dalam organisasi terutamanya di antara majikan dan pekerja. Justeru, penelitian ini juga diharapkan akan menyumbang kepada pemantapan pengurusan o rganisasi bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat serta membuka ruang penyelidikan lanjut diadakan dalam bidang yang berkaitan.

Downloads

Published

30-08-2018

How to Cite

MOHD NOH, Z., AHMAD, S., & HALIM, H. (2018). ANALISIS HUBUNGAN ANTARA MAJIKAN DAN PEKERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1209