REALITI CABARAN PENDAKWAH TERHADAP ORANG KELAINAN UPAYA PENGLIHATAN

Authors

  • MOHAMAD ADIB MOHAMAD SALIH
  • INTAN FARHANA SAPARUDDIN
  • ZULKEFLI AINI

Abstract

Pendakwah merupakan golongan yang seringkali dikaitkan sebagai orang yang menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan agama Islam kepada masyarakat. Golongan pendakwah adalah mereka yang memiliki kualiti peribadi yang unggul, kualiti keilmuan. Sebagai seorang pendakwah, mereka perlu mempersiapkan diri dengan menguasai sejumlah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mesej dakwah dan mengetahui situasi sasaran dakwah. Sasaran dakwah seperti golongan orang muda, orang tua, oang asli, muallaf, remaja yang rosak akhlak dan orang bukan Islam adalah golongan yang wajib didakwahkan. Golongan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza dalam memahami agama Islam. Maka kaedah dan strategi yang betul dan berkesan adalah amat penting semasa berdakwah. Walaubagaimanapun, hasil penilitian mendapati pendakwah jarang melibatkan diri dengan aktiviti dakwah kepada golongan oku kerana kesukaran mereka menerima mesej dakwah, hanya segelintir yang ingin melibatkan diri untuk berdakwah kepada oku. Ini kerana golongan oku adalah golongan yang wajib didakwahkan kerana mereka juga tergolong dalam orang dipertanggungjawabkan hal-hal agama dalam kehidupan mereka sepertimana orang yang normal. OKU juga terdiri dari pelbagai kategori yang memerlukan pendekatan yang berbeza semasa berdakwah. Bukan hanya sapu rata kaedah yang digunakan kepada mereka, dan sudah pasti ianya berbeza. Oleh itu, oku seperti cacat penglihatan, pendengaran, cacat fizikal, kekurangan bertutur dan berfikir sangat memerlukan satu kaedah atau modul yang berkesan untuk menerima ilmu-ilmu agama dengan pendekatan yang lebih inovasi dan kreatif. Dalam kajian ini, penyelidik akan memfokuskan pendekatan metodologi dakwah kepada oku penglihatan. Kajian ini mengumpulkan permasalahan yang berkaitan metodologi dakwah supaya ia lebih menjurus kepada permasalah kajian. Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan, bahan-bahan yang diperolehi akan dianalisis dan diteliti supaya kajian yang dijalankan adalah satu keperluan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oku penglihatan.

Katakunci : Metodologi Dakwah, Oku, Strategi, Modul.

Downloads

Published

21-06-2018

How to Cite

MOHAMAD SALIH, M. A., SAPARUDDIN, I. F., & AINI, Z. (2018). REALITI CABARAN PENDAKWAH TERHADAP ORANG KELAINAN UPAYA PENGLIHATAN. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1203