ANALISIS KES PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH NAFKAH MAHKAMAH SYARIAH

Authors

  • JAZILAHH MOHD SAAD

Keywords:

NAFKAH

Abstract

Keberkesanan sesuatu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah bergantung kepada kepatuhan terhadapperintah yang dikeluarkan. Apabila berlakuketidakpatuhan, tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah perlu dimulakan bagi memastikan kepatuhan dapat dikembalikan. Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah yang berkesan pula bergantung kepada mekanisme penguatkuasaan dan pelaksanaan yang dibuat setelah ketidakpatuhan tersebut dikenalpasti. Walau bagaimanapun sebelum menentukan mekanisme penguatkuasaan yang sesuai dengan ketidakpatuhan, punca ketidakpatuhan perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Justeru tujuan penulisan artikel ini adalah untuk menganalisa kes penguatkuasan perintah nafkah bagi mengenalpasti punca ketidakpatuhan dan pengabaian perintah tersebut.Pendekatan analisis kandungan “content analysis” akan digunakan kerana ia sesuai untuk mengenalpasti isu dan masalah mahkamah Syariah yang dipilih dalam menyelesaikan kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan. Melalui analisis kandungan’ latar belakang kes serta pendekatan yang digunakan oleh mahkamah akan dikenal pasti. Data dari kajian ini kemudian dibentangkan dalam secaradeskriptif dan inferensi untuk menjelaskan kekerapan dan peratusan pembolehubah yang dikaji. Kajian ini seterusnya mendapati selain daripada tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan, pencegahan awal untuk mengelakkan ketidakatuhan perintah bermula daripada pengeluaran perintah lagi. Nalisa mendapati terma perintah dalam kes penguatkuasaan tidak jelas dari sudut terma dan bagaimana pelaksanaan perintah tersebut perlu dilaksanakan. Bagi perintah pembayaran kaedah pembayaran juga tidak ditentukan. Justeru artikel ini mencadangkan supaya penghakiman/perintahnafkah yang dikeluarkan dibuatpenambahbaikan bagi membolehkan perintah yang dikeluarkan boleh dilaksanakan secara sukarela “on the voluntarily basis” tanpa perlu kepada penguatkuasaan. Kelemahan yang ditemui perlu ditangani dan kajian perlu dibuat pada masa depan untuk mengenalpasti cara terbaik untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Downloads

Published

21-06-2018

How to Cite

MOHD SAAD, J. (2018). ANALISIS KES PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH NAFKAH MAHKAMAH SYARIAH. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1202