FUNGSI PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH NAFKAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA(BSK JKSM)MENURUTMAQĀṢID AL-SHARĪ‘AH

Authors

  • MOHD AMIR ARIFIN
  • JAMALLUDDIN HASHIM

Keywords:

Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah, Bahagian Sokongan Keluarga, Maqāṣid al-Shari‘ah

Abstract

Isu tunggakan nafkah isteri dan anak telah menjadi satu masalah kepada negara sehingga pihak kerajaan membuat keputusan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 7 Jun 2007. BSK JKSM ditubuhkan khusus bagi menangani masalah tunggakan nafkah isteri dan anak melalui proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah negeri-negeri di seluruh Malaysia. Hukum menunaikan nafkah isteri dan anak adalah wajib menurut hukum syarak. Namun begitu kes pengabaian nafkah isteri dan anak kian meningkat setiap tahun bahkan perintah pembayaran oleh Mahkamah Syariah turut tidak diendahkan dan tidak dilaksanakan. Oleh itu perlu diketengahkan bahawa fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah oleh BSK JKSM melalui Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK)negeri-negeri dalam tempoh sembilantahun ditubuhkan amatlah signifikan menurut Maqāṣid al-Sharī‘ah dalam mendatangkan kebaikan dan mengetepikan kemudharatan. Kajian ini menggunapakai kaedah eksploratori melaluimetod dokumentasi kepustakaan dan kajian kes serta metod deskriptif kepada dapatan statistik kes SBSK negeri-negeri. Secara induktifdan deduktifhasil kajian mendapati tugas penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah BSKJKSMadalah termasuk kategorial-Darūriyyātbertujuan menjaga nyawa (al-Nafs).Hasil kajian juga mendapati fungsiSBSK negeri-negeri mampu menangani kes tunggakan perintah nafkah secara konsisten sekalipundengan bidang kuasayang amat terhad.

Downloads

Published

21-06-2018

How to Cite

ARIFIN, M. A., & HASHIM, J. (2018). FUNGSI PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH NAFKAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA(BSK JKSM)MENURUTMAQĀṢID AL-SHARĪ‘AH. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1201