KEDUDUKAN DHAWI AL-ARH?M DALAM SISTEM PEMBAHAGIAN PUSAKA ISLAM: SATU KAJIAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Authors

  • AMIRUDIN PUTERA ZAINOL ABIDIN

Keywords:

Faraid, Dhawial-arham, mahkamah Syariah, mazhabSyafie,pembahagian pusaka Islam.

Abstract

Kajian ini bertujuan menjelaskan kedudukan dhawial-arhamdalam sistem pembahagian pusaka Islam berdasarkan peruntukan perundangan negara dan hukum syarak. Dhawial-arhammerupakan kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati selainashab al-furuddan ashab al-‘asabah. Di Kedah, sehingga kini, tidak timbul perdebatan perundangan mengenai dhawial-arhamdalam pembahagian pusaka, setelahMahkamah Syariah negeri memutuskan untuk tidak memberikanhak mewarisikepada dhawial-arham. Di beberapa negara Islamlain, keputusan seumpama initelah diterima dan dikanunkan. Kajian ini mempunyai tiga objektif,iaitu mengkaji kedudukan dhawial-arhamdalam sistem pentadbiran dan pembahagian pusaka Islam di Negeri Kedah;menjelaskan faktor penolakan dhawial-arhamsebagai ahli waris di Negeri Kedah;dan mengemukakan cadangan perlaksanaan dhawial-arhamdalam perundangan pusaka Islam di Negeri Kedah. Kajian ini ialahkajian kualitatif dan menggunakan pendekatan deskriptif. Data-data diperoleh daripada pihak-pihak yang berautoriti dalam perundangan dan pentadbiran harta pusaka di Negeri Kedah. Data dan maklumat dianalisis dengan kaedah induktif, deduktif dan perbandingan. Hasil kajian ini mendapati sistem faraid dilaksanakan menurut pendapat mazhab Syafie yang menolak dhawial-arhamdari menerima harta pusaka. Baki harta tidak berwaris diserahkan kepada Baitulmal. Kajian ini juga mendapati tiada peruntukan perundangan secara bertulis berkaitan faraid. Segala keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Syariah berpandukan hukum fiqh mazhab Syafie. Selain itu,kajian ini mendapati undang-undang telah menyediakan ruang yang lebih terbuka untuk membolehkan dhawial-arhammenerima pusaka menurut pandangan mazhab-mazhab lain. Kajian ini mencadangkan pihak-pihak berautoriti, seperti Mahkamah Syariah dan Jawatankuasa Fatwa Negeri menggunakan keterbukaan tersebut, danseterusnya mengesyorkan supaya kebebasan menggunakan kepelbagaian mazhab dizahirkan dalam pembahagian harta pusaka

Downloads

Published

21-06-2018

How to Cite

ZAINOL ABIDIN, A. P. (2018). KEDUDUKAN DHAWI AL-ARH?M DALAM SISTEM PEMBAHAGIAN PUSAKA ISLAM: SATU KAJIAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1200