MEMBANGUN PROSEDUR KHUSUS BAGI MENGENDALI KES PERCERAIAN AKIBAT DAKWAAN SIHIR

Authors

  • ZAINAL ABIDIN KUSMIN

Keywords:

ilmu sihir, perceraian dalam perkahwinan , prosedur kendalian standard

Abstract

Salah satu fungsi Mahkamah Syariah ialah mengendalikan masalah perceraian dalam rumahtangga . Pelbagai sebab dan alasan dikemukakan oleh pasangan untuk berpisah termasuk dakwaan penggunaan sihir dalam perceraian. Alasan ini seringkali dikesampingkan kerana ketiadaan Prosedur Kendalian Standard bagi menangani masalah tersebut. Makalah ini mencadangkan satu Prosedur Standard bagi mengendalikan kes yang disebabkan isu tersebut. Prosedur ini diperlukan bagi membantu semua pihak yang terlibat samada kepada pihak yang mengendalikan kes tersebut mahupun untuk membela mangsa atau pasangan sekiranya dakwaan tersebut benar. Kajian ini dilakukan melalui pemerhatian terhadap mangsa yang mengalami gangguan sihir dan temubual dengan hakim yang pernah berhadapan dengan kes yang sedemikian dan pihak yang mendakwa disihir. Kajian ini juga berdasarkan dokumen fail kes yang membuktikan bahawa kes sedemikian sering berlaku dan cara pengendaliannya yang pelbagai. Kajian ini berobjektifkan untuk meneliti situasi sebenar kes perceraian akibat sihir , mengkaji kaedah pengendalian kes oleh para hakim dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan melalui Prosedur Standard khusus bagi mengendali kes perceraian akibat dakwaan sihir. Dengan mewujudkan kaedah ini akan menjadikan pengendalian kes lebih teratur dan saksama disamping pasangan mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya

Downloads

Published

21-06-2018

How to Cite

KUSMIN, Z. A. (2018). MEMBANGUN PROSEDUR KHUSUS BAGI MENGENDALI KES PERCERAIAN AKIBAT DAKWAAN SIHIR. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1199