KAJIAN PENGAMALAN MEMBACA AL-QURAN DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR DI SEKOLAH AGAMA PEKAN PAGOH, MUAR, JOHOR
Abstract
Amalan membaca al-Quran merupakan suatu tuntutan yang sangat digalakkan oleh Islam. Setiap muslim wajib mempelajari, memahami dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya. Membacanya juga dapat menenangkan jiwa dan juga merupakan satu ibadah. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauh mana pengamalan pembacaan al-Quran dan kesannya terhadap pelajar. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan soal selidik. Resoden kajian ini terdiri daripada 80 orang pelajar Sekolah Agama Pekan Pagoh Muar Johor. Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif yang menjurus kepada huraian peratusan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan membaca al-Quran dan kesannya terhadap pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengamalan pembacaan al-Quran dalam kalangan murid-murid ditahap yang baik manakala kesan pengamalan pembacaan al-Quran terhadap murid-murid ditahap sederhana. Mengikut kajian terhadap responden, punca utama pelajar tidak membaca al-Quran adalah kerana mereka tidak memahami maksud ayat-ayat al-Quran dan tidak dapat mengurus masa dengan baik untuk membaca al-Quran.