WANITA DAN KEHAKIMAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

Authors

  • RAMIZAH WAN MUHAMMAD

Keywords:

wanita di Malaysia

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang perkembangan sejarah penglibatan wanita di Malaysia dalam bidang kehakiman. Bidang kehakiman bukan hanya tertakluk kepada hakim sahaja tetapi termasuk juga menjadi peguam Syarie, Pegawai Sulh dan Ketua Pendaftar. Antara isu-isu yang akan diketengahkan ialah mengenai kelayakan utama untuk menjadi seorang hakim dan peguam syarie. Isu kelayakan juga berkait rapat dengan budaya, uruf dan juga penerimaan masyarakat terhadap sesuatu yang baru. Selain dari itu, kertas kerja ini juga akan menyorot sejarah perkembangan penglibatan wanita di dalam bidang kehakiman di malaysia. Sejauh mana penglibatan wanita hari ini mampu untuk menegakkan keadilan di dalam sistem kehakiman Islam di Malaysia. Pada masa yang sama, penulis juga akan menemubual hakim-hakim wanita di mahkamah syariah untuk mendapatkan input ataupun maklumat tentang kemampuan wanita untuk memperkasakan sistem kehakiman Islam seterusnya melestarikan mahkamah syariah sebagai satu institusi keadilan berasaskan syariah

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

WAN MUHAMMAD, R. (2018). WANITA DAN KEHAKIMAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU SOROTAN. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1190