KEBERKESANAN SEMINAR PENGUKUHAN INTEGRITI

Authors

  • FADILLAH ISMAIL
  • FATIN IZZATY
  • ADIBAH ABDUL KADIR
  • LUTFAN JAES
  • FAUZIAH ANI

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Seminar Pengukuhan Integriti dalam kalangan Imam-imam Negeri Johor di Menara Integriti, Institut Integriti Malaysia (IIM). Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap tahap keberkesanan program Seminar Pengukuhan Integriti Imam-Imam Negeri Johor dari aspek kefahaman terhadap Pelan Integriti Nasional. Kedua, mengenal pasti persepsi responden terhadap tahap keberkesanan latihan dari sudut reaksi dan yang ketiga, untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap tahap keberkesanan latihan dari aspek perlakuan. Seramai 58 orang responden yang terlibat dalam kajian tersebut. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan latihan dari sudut pembelajaran dan kefahaman responden berada pada tahap sederhana, dari sudut reaksi pula berada pada tahap yang tinggi, dan dari sudut perlakuan pula berada pada tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada IIM dan pengkaji yang akan datang sebagai panduan.

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

ISMAIL, F., IZZATY, F., KADIR, A. A., JAES, L., & ANI, F. (2018). KEBERKESANAN SEMINAR PENGUKUHAN INTEGRITI. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1189