ISU-ISU BERKAITAN KELESUAN DALAM ISU-ISU BERKAITAN KELESUAN DALAM KALANGAN PEMANDU BAS
Keywords:
mandu bas, kelesuan, kemalangan.Abstract
Kertas kerja ini, menerangkan isu-isu berkaitan kelesuan pemandu berdasarkan kajian-kajian lepas. Isu kelesuan dalam kalangan pemandu bas yang diterangkan di dalam kertas ini adalah faktor-faktor penyebab kelesuan dan kesan ke atas kelakuan pemanduan. Daripada kajian ini di dapati banyak faktor yang menyebabkan kelesuan dalam kalangan pemandu bas seperti faktor persekitaran, faktor biologi dan sebagainya. Kelesuan dalam kalangan pemandu terutamanya pemandu bas boleh memberikan kesan negatif ke atas kawalan pemanduan. Ia juga merupakan salah satu faktor penting penyebab utama kemalangan jalan raya.