PENDIGITALAN MANUSKRIP RISALAH IBN FADLAN 922 M SEBAGAI SATU INOVASI

Authors

  • HARLIANA HALIM UTHM
  • KAMARUZAMAN YUSOFF
  • SHAKILA AHMAD
  • MOHD FAIZAL ABDUL KHIR
  • ABDUL HAFIZ ABDULLAH
  • SITI SARAWATI JOHAR
  • FAUZIAH ANI
  • MARIA ELENA NOR

Keywords:

Ibn Fadlan;pendigitalan; inovasi

Abstract

Digitalisasi sejarah merupakan satu kaedah baru dalam mengemukakan dan memperkembangkan data sejarah. Kaedah ini juga merupakan satu pembaharuan pendekatan yang menggabungkan disiplin sejarah dengan kepelbagaian disiplin lain dalam bentuk inovasi baru bagi menarik minat dan meningkatkan penghayatan terhadap sejarah secara umumnya. Bagaimanapun perkembangan digitalisasi sejarah di Malaysia masih berada di tahap pembinaan. Pelbagai usaha dijalankan termasuklah Projek Pengdigitalan Sejarah Tingkatan Lima yang boleh diakses di digitalsejarah.com hasil usaha keras beberapa pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Justeru menyahut cabaran ini, kumpulan penyelidik Geran Penyelidikan RACE Vot 1516 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan penyelidikan bertajuk ‘Analisis Catatan Ibn Fadlan serta Impak Terhadap Volga Bulgaria’ berusaha mengdigitalkan pengembaraan Ibn Fadlan ke Volga Bulgaria pada tahun 922 M sebagai satu sumbangan inovasi kepada usaha penghayatan sejarah peradaban Islam. Di samping itu projek digitalisasi juga bertujuan untuk memperkenalkan Ibn Fadlan sebagai seorang lagi tokoh pengembara Islam yang menyumbang kepada pengkayaan sumber sejarah dan geografi dalam peradabandunia. Penyelidikan ini berpendekatan kualitatif sejarah historikal deskriptif melalui pengumpulan data secara kajian perpustakaan bagi mengumpulkan sumber pertama iaitu manuskrip catatan Ibn Fadlan dan kedua dari sumber tafsiran lain mengenai catatannya.Data kajian dari sumber primer dan sekunder dianalisis menggunakan pendekatan analisis teks dan perbandingan serta diperkukuhkan melalui pendekatan induktif dan deduktif. Seterusnya data dipersembahkan menggunakan pendekatan digital humanitiesyang menggabungkan aspek teknologi maklumat dan komunikasi dengan disiplin sejarah menggunakan aplikasi teknologi storymaps. Hasil daripada inovasi ini diharapkan dapat memperkayakan sumber sejarah berbentuk digital dalam disiplin sejarah dan peradaban Islam sekaligus memartabatkan Ibn Fadlan sebagai salah seorang tokoh pengembara sejarah dan geografi Islam melalui catatan pengembaraannya ke wilayah Islam Volga Bulgaria yang terletak berhampiran Kazan, Tatarstan dalam negara Rusia pada hari ini

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

HALIM, H., YUSOFF, K., AHMAD, S., ABDUL KHIR, M. F., ABDULLAH, A. H., JOHAR, S. S., ANI, F., & NOR, M. E. (2018). PENDIGITALAN MANUSKRIP RISALAH IBN FADLAN 922 M SEBAGAI SATU INOVASI. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1187