SUMBER-SUMBER KAJIAN TERHADAP KEWUJUDAN NEGARA ISLAM VOLGA BULGARIA 922 MASEHI
Keywords:
Ibn Fadlan; Volga Bulgaria; sumber sejarahAbstract
Negara Islam Volga Bulgaria telah wujud secara rasmi pada tahun 922 M hasil daripada hubungan diplomatik dengan Khilafah Abbasiyah di Baghdad. Bukti kewujudannya terdapat dalam beberapa catatan awal dan kajian-kajian sedikit terkemudian dari pelbagai latar sumber. Dengan itu, kajian ini dirangka dengan percubaan untuk mengetengahkan sumber kajian yang mencatatkan kewujudan negara Islam Volga Bulgaria pada tahun tersebut. Penekanan diberikan kepada sumber catatan utama yang menjadi bukti kewujudan sebuah Negara Islam di Lembah Volga-Kama terutama catatan oleh Ibn Fadlān dan penulisan terkemudian. Justeru, bagi mencapai tujuan penyelidikan, kajian ini menggunakan pendekatan sejarah yang melibatkan penyusunan sistematik dan penilaian data-data primer. Pengumpulan data kajian dilakukan menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan manakala penganalisaan data menggunakan kaedah analisis teks dan dokumen, kaedah perbandingan serta kaedah induksi dan deduksi. Kajian ini di akhirnya dapat mengetengahkan sumber-sumber kajian kewujudan negara Islam Volga Bulgaria yang terdiri daripada pelbagai sumber catatan dan latar belakang sama ada dari pihak sejarawan barat mahupun sejarawan Islam.