INOVASI SOSIAL DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI NGO-BERKEBAJIKAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • MARWAN ISMAIL
  • KEVIN FERNANDEZ
  • NIK YUSRI MUSA
  • NOORHISYAM MD ALWI

Keywords:

Kata kunci: Organisasi bukan kerajaan (NGO) berkebajikan Melayu Islam;Pembangunan komuniti; Inovasi sosial; Nilai sosial.

Abstract

Kajian ini adalah mengenai Inovasi Sosial di Organisasi Bukan Kerajaan (NGO’s) Berkebajikan Melayu Islam yang terlibat dalam program pembangunan komuniti di Malaysia. Seramai sebelas (11) informan yang terdiri dari etnik Melayu Muslim dari sepuluh (10) organisasi telah dipilih sebagai informan kajian. Kajian ini telah melibatkan kepimpinan tertinggi dan kepimpinan pertengahan di Organisasi tersebut. Pengkaji telah memilih pendekatan kualitatif melalui teknik temubual secara bersemuka menggunakan instrumen soalan temubual separa struktur bagi menjawab objektif kajian. Kajian ini menumpukan kepada dua (2) persoalan mengenai inovasi sosial (NGO’s) berkebajikan Melayu Islam. Pertama; Apakah jenis inovasi sosial yang telah dijalankan oleh NGO berkebajikan Melayu Islam. Kedua, Sejaumanakah inovasi sosial yang dijalankan dapat meningkatkan nilai sosial sesuatu program pembangunan komuniti. Umumnya, hasil kajian ini, mendapati kebanyakan inovasi sosial yang telah dilaksanakan oleh (NGO’s) berkebajikan berbentuk perkhidmatan dan produk.Hasil kajian turut mendapati Inovasi sosial yang telah dijalankan telah menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan masyarakat

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

ISMAIL, M., FERNANDEZ, K., MUSA, N. Y., & MD ALWI, N. (2018). INOVASI SOSIAL DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI NGO-BERKEBAJIKAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1184