HUBUNGAN ANTARA SOKONGAN SOSIAL DENGAN PERSEDIAAN PERSARAAN DI KALANGAN PENJAWAT AWAM YANG AKAN BERSARA
Keywords:
Sokongan Sosial, Persediaan Persaraan,Praktis KerjaSosialdan Penjawat AwamAbstract
Persaraan merupakan proses yang pentingbagi setiap individu yang bekerja. Perancangan dan persediaan persaraan yang komprehensif amat penting bagi memastikan transisi persaraan yang akan dilalui oleh bakal pesara adalah teratur. Namun begitu, sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh bakal pesaraterutama di kalangan bakal pesarapenjawat awam adalah kurangnya sokongan sosial yang diterimasamaada secara formal atau tidak formalsemasa menghadapi proses pra persaraan. Kekurangan sokongan sosial ini turut memberi kesan secara lansung terhadap kesejahteraan mental selepas bersara kelak.Kertas ini mencadangkan bahawa sokongan sosial yang kukuh samaada formal dan tidak formal mempunyai hubungansecara lansung terhadap persediaan persaraan di kalangan penjawat awam yang akan bersara.Bakal pesara yang mempunyai sokongan sosial yang kukuh akan berupaya menguruskan kesan-kesan persaraan dengan lebih berkesan dan terancang bagi mengharungi kehidupan yang lebih baik setelah bersara.Kajian ini juga membuktikan bahawa pekerja sosial perlu terlibat dalam aspek pengurusan kerja sosial (social work management) dari aspek penggubalan dasar, polisi, perancangan dan pelan tindakan yang bertindak sebagai proses pencegahan sebelum masalah tersebut berlaku kepada bakal pesara dan berlarutan setelah bersara kelak