HOME WARD VS HOME HELP: PENGALAMAN BERSAMA KOMUNITI WARGA EMAS DI THAILAND

Authors

  • NOR AFIZA MOHD FUZI
  • AL-AZMI BAKAR

Keywords:

warga emas, penjagaan komuniti, Home Ward, Home Help

Abstract

Catatan pengalamanini merupakan dapatan daripada hasil kajian dan lawatan penanda aras oleh penulis mengenai konsep penjagaan sosial kesihatanwarga emas menggunakan pendekatan kesihatan di rumah yang akan membandingkan program Home Ward(dipratikkan di Thailand) denganProgram Home Help (diamalkan di Malaysia). Di Thailand, program penjagaan social kesihatan warga emas komuniti yang dikenali sebagai Excellent Happy Home Ward(EHHW)dijalankan di Lopburi Province, Thailand. ProgramEHHWini melibatkan penjagaan kesihatan warga emas, penglibatanaktifwarga emas dalam aktiviti sosial di pusat warga emas, pembangunan potensi diri warga emas,kerja-kerja kesukarelawanan dan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem sokongan warga emas di dalam komuniti. Thailand memperkenalkan program EHHWyang menyediakan persekitaran mesra warga emas di mana pekerja sosial berperanan melakukan pemantauan di rumah warga emas dari aspek penjagaan sosialkesihatan. Dalam sistem penjagaan warga emas ini terdapat Sukarelawan Kesihatan (Health Volunteer)yang terdiri daripada jiran tetangga yang dilibatkan dalam promosi kesihatan. Selain itu, penjaga warga emas juga memainkan peranan utama dan diberi latihan selama 70 jam berkaitan penjagaan kesihatan warga emas di rumah. Manakala di Malaysia,sistem penjagaan komuniti warga emas berkonsepkan kepada program HomeHelp (Khidmat Bantu di Rumah). Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017(INSAN2017)Mudzaffar Hotel, Melaka, 1-2 November 2017Program Home Help telah dilaksanakan mulaitahun 2013 dan hinnga kini melibatkan seramai 2,500 orang sukarelawan yangtelah memberi manfaat kepada seramai 5,000 orang warga emas dan Orang Kurang Upaya(OKU). Konsep HomeHelp lebih bersifat umum dan tidak spesifik kepada penjagaan warga emas di rumah di mana sukarelawan hanya datang ke rumah untuk membersihkan rumah warga emas atau membelikan barang dapur warga emas atau menjadi teman berbual kepada warga emas. Perbezaan ketara dapat dilihat di antara program HomeWard dan HomeHelp adalah dari segi konsep penjagaan warga emas dan penggunaan sumber komuniti serta aplikasi teknologimaklumat. Penjagaan warga emas di Malaysia boleh dipertingkatkan lagi melalui hasil kajian perbandingan ini. Diharapkan hasil daripada kajian di lapanganini dapat memberikan anjakan paradigma dalam pembangunan wargaemas di Malaysia berkonsepkanPenuaan Berjaya(Successful Ageing).

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

MOHD FUZI, N. A., & BAKAR, A.-A. (2018). HOME WARD VS HOME HELP: PENGALAMAN BERSAMA KOMUNITI WARGA EMAS DI THAILAND. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1181