Impak Covid-19 Terhadap Minat Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar
Keywords:
Covid-19, keusahawanan, UTHM, pelajarAbstract
Wabak Covid-19 mengakibatkan kesan dan perubahan pada kehidupan normal manusia. Setiap orang merasai kesan Covid-19 termasuk remaja. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan Covid-19 terhadap minat keusahawanan di kalangan remaja. Kajian ini dijalankan kepada mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia cawangan Pagoh. Objek kajian adalah mahasiswa yang mempunyai minat terhadap keusahawanan di masa pandemic Covid-19. Sampel kajian akan dipilih secara rawak di kalangan mahasiswa dan mahasiswi UTHM Pagoh. Data kajian ini akan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Selain itu kajian ini bagi mengenalpasti perbezaan pengaruh variable-variable eksogenus terhadap variabel endogenus kajian berdasarkan lokasi (mahasiswa bandar dan luar bandar) terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minta keusahawanan di kalangan remaja. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah tinjauan, melibatkan seramai 250 orang pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar. Justeru kajian ini diharapkan dapat memberikan input berguna bagi penambahbaikan kompitensi mahasiswa selepas mereka bergraduasi serta mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan warga negara Malaysia yang berketrampilan.